Seminar Cium duit Untuk Kaya Jadi Viral

Seminar cium duit untuk kaya jadi viral. Semalam. Satu gambar telah dimuatnaikan di laman sosial terlihat seperti dalam sebuah seminar yang mana pesertanya diminta untuk mencium duit. Hah! barangkali, dengan ritual sedemikian akan membuat mereka yang sertai itu menjadi kaya.

Seminar tersebut, diberi nama seminar Multi-Level-Marketing Money Magnet atau pun seminar membina semangat minda jutawan. Daripada gambaran perkongsian itu. Ramai yang memberi kritikan, seolah-olah dengan tindakan mencium bau duit bakal mengubah hidup seseorang menjadi jutawan. Sedangkan rezeki itu datangnya dari Allah, dan Dia lah tempat untuk kita meminta.

Seminar Cium duit Untuk Kaya Jadi Viral

Seminar Cium duit Untuk Kaya Jadi Viral

SAMPAI begini sekali penganjur sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) mempengaruhi para pesertanya untuk ‘sembah’ wang demi mencapai matlamat!

Gambar-gambar yang diambil dari FB syarikat MLM tersebut memaparkan, salah satu aktiviti dalam seminar motivasi anjuran mereka adalah mewajibkan para peserta mencium wang bagi menambah kekayaan.

Kita memang digalakkan mencari rezeki, tetapi tidak perlulah sampai memuja wang sebegini kot.
Menurut salah seorang ahlinya, amalan ini adalah sekadar bagi menguatkan mind set seterusnya meningkatkan motivasi dan aura untuk mencapai apa yang diingini.

Seminar Cium duit Untuk Kaya Jadi Viral

Namun harus diingat, sifat terlalu taksub kepada sesuatu perkara sebenarnya boleh memesongkan akidah dan mendatangkan fitnah.

Apa-apa pun, dalam sistem perniagaan bertingkat seperti MLM, tidak semua individu berjaya memperoleh kekayaan yang diinginkan.

Tidak kurang yang telah menjadi mangsa penipuan dan sebab itulah masyarakat memandang sinis terhadap perniagaan jenis “abang-abang naik BMW” ni.

Bagaimanapun rezeki manusia tak sama dan mereka yang berusaha pasti mendapat lebih kejayaan. Kepada yang memilih perniagaan jenis MLM untuk kaya, kami sarankan anda klik di sini untuk pastikan bisnes MLM yang disertai memenuhi kriteria dari segi syariah agar ianya tidak salah di sisi agama Islam.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

4 Komentar untuk "Seminar Cium duit Untuk Kaya Jadi Viral"

tu la masalah zman skrg neh, x mau amik tau pasai agama langsung.. yg pi sana tu bukannya org2 besa, tapi yg bijak pandai smua tu.. tpi nak buat mcm mna lgi kalau duit dh jadi 'Tuhan' dlm hidup.. marah ni !!

Nak buat macam mana. Akal manusia nie berbeza. Ada yang fikir benda nie betul. Ada juga yang fikir ini dah syirik. Hurm... itulah org kata, bila hidup untuk duit. Bukan duit untuk hidup.

rupanya tu nama seminar tu erk..seminar cium duit...KG ada nampak d FB

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info