Panduan Membuat Bentuk Sidebar Title Part 1

As-salam. Lama sudah saya tak berkongsi tutorial berkaitan widget dengan permainan coding yang memeningkan dalam blog ini kan. Haa.. untuk itu saya mahu kongsikan panduan membuat bentuk sidebar title... Sebenarnya entri ini saya jadikan sebagai rujukan untuk kegunaan saya di kemudian hari.... sekiranya anda berminat, silakan saja menggunakannya....

Sudah menjadi hobi setiap blogger, pasti membuat sedikit kemaskini atau penambahbaikan untuk blog tersayang....begitu juga saya. Ada saja benda baru atau bentuk-bentuk terkini yang mahu dicuba agar blog tampil kemas dan menarik untuk dilihat...

Oh ya... baru ingat, dulu saya pernah tulis entri berkenaan tutorial border sidebar dan title bercantum.... khas untuk pengguna template yang disediakan oleh blogspot. Untuk template download tak boleh digunapakai ye... jangan cuba-cuba guna pulak...

Panduan Membuat Bentuk Sidebar Title Part 1

Panduan Membuat Bentuk Sidebar Title Part 1

Okep. Cuba lihat pada gambar printscreen yang saya sediakan ini.... kedua-kedua bucu sidebar title kelihatan agak melengkung sedikit berbanding border yang biasa anda tengok di blog-blog lain. Kemudian dibawahnya ada gap (jarak pemisah) antara sidebar title dan senarai kandungan sidebar..

Pertama - Perlu buka template blog anda. Klik pada edit html dan anda akan nampak keseluruhan coding html blog anda, untuk keselamatan pastikan anda backup dahulu template.

Dengan menggunakan [ ctrl F ], anda cari code ini -  /* Widget */

Panduan Membuat Bentuk Sidebar Title Part 1

Dah jumpa? Okep.. sekarang anda copy coding ini dan paste kan di bahagian bawah  /* Widget */. Lebih kurang macam gambar kat tu...


Cuba ubah dan bereksperimen sendiri, untuk bahagian kode warna... mudah saja. Anda boleh preview dulu setiap perubahan yang anda lakukan... ubah dan nilai kembali. Bila dah puas hati baru save template..

Selamat mencuba.

2 Komentar untuk "Panduan Membuat Bentuk Sidebar Title Part 1"

kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

Ika tau tak cane nak buat gambar thumbnail yg show kat 'Home' nampak clear...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info