Senarai Sekolah Ditutup Semula Akibat Jerebu (Selasa)

Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi mengarahkan beberapa sekolah di Malaysia ditutup akibat masalah jerebu yang kembali membimbangkan. Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau aktiviti anak-anak di luar rumah agar tidak terdedah dengan masalah jerebu yang mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan terhadap anak-anak.

Beberapa senarai sekolah di negeri-negeri di Malaysia yang diarahkan tutup pada Selasa 20 Oktober 2015 adalah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Daerah Kuching dan Samarahan Serawak, Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak Sabah serta daerah Muar, Ledang dan juga Segamat Johor.

Senarai Sekolah Ditutup Semula Akibat Jerebu (Selasa)

Senarai Sekolah Ditutup Semula Akibat Jerebu (Selasa)

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penutupan itu susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut, masih mencatatkan bacaan indeks tidak sihat dan agak membimbangkan terutama kesihatan para pelajar.

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 3,029 sekolah dan seramai 1,909,842 orang murid di negeri dan daerah tersebut.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu-bapa mengenai penutupan ini dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk itu, saya syorkan kepada semua pembaca banyakkan minum air putih serta hadkan aktiviti di luar rumah sementara jerebu kian merosot.

Sumber berita ini dipetik daripada akhbar online BeritaHarian.

2 Komentar untuk "Senarai Sekolah Ditutup Semula Akibat Jerebu (Selasa)"

Tak habis habis masalah jerebu nie, huru hara negara dibuatnya

itu laaa... kita pun batuk xmao hilang lagi... elok nk hilang jerebu mai pulak

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info