Warung Menu Sejahtera Bihun Sup Laksa Cuma RM1

Warung Menu Sejahtera nama diberi. Laksa dan bihun sup adalah kegemaran saya. Selepas disiarkan dalam berita jam 8 malam, sebuah warung yang terletak di utara semenanjung Malaysia iaitu Jitra mula menjadi viral dan carian para pengemar makanan.

Apa yang menariknya tentang Warung Menu Sejahtera ini adalah setiap hidangan menu yang ditawarkannya hanyalah berharga serendah RM1 sahaja. Wow! .. susah kot nak cari gerai makanan yang jual harga paling murah ni. tambahan pula sekarang semua barangan naik harga.. terkejut juga masih ada lagi peniaga yang berhati mulia menawarkan jualan makanan serendah ini.

Okep. Warung ini terletak di lokasi Jalan Industri Darul Aman, daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Menurut pemilik warung ini yang dikenali sebagai Mohd Nazeri Hashim, 45 tahun.. beliau mendapat ilham untuk membuka warung makanan murah ini setelah melihat dan mendengar sendiri kesukaran yang dihadapi anaknya sendiri yang sedang melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur.

Warung Menu Sejahtera Bihun Sup Laksa Cuma RM1  

Warung Menu Sejahtera Bihun Sup Laksa Cuma RM1

"Harga makanan di sana terlalu mahal dan sukar untuk para pelajar menanggung kos tersebut". Maka dari situ, dia mengambil keputusan untuk membuka warung makanan murah ini dengan menjual pelbagai menu makanan seperti bihun sup, laksa, Maggi sup, kuey teow sup serta air kacang dengan hanya RM1 sahaja. Manakala untuk nasi ayam pula hanya RM2... Best kan?

Minuman lain pula ada yang dijual dengan harga RM1.50 dan 80sen. Semua makanan ini dimasak sendiri oleh isterinya. Walaupun keuntungan yang diperolehinya tidak seberapa tetapi warungnya sentiasa menjadi tumpuan pelanggan. Kira-kira sehari beliau mencatatkan keuntungan RM300 hingga RM400 sehari.

Wahh !

Serius best. Saya pun dah terasa nak pergi mencuba. Tunggu ada masa sikit sampai laa ke Jitra nanti. Haa.. esok kan cuti. Hoho. Ada peluang ni boleh rasa ais kacang dan nasi ayam Warung Menu Sejahtera.

Korang yang tinggal berdeakatan Perlis dan Kedah.. boleh la singgah mencuba. Warung ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 petang dan tutup pada hari Jumaat.

Yang lalu ikut kubang pasu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba ye!


2 Komentar untuk "Warung Menu Sejahtera Bihun Sup Laksa Cuma RM1 "

SELAMAT MALAM...SYIRA LOKMAN SINGGAH TENGOK TUAN BLOG UPDATE APE..HEHE..KEEP IT UP ! :D

Terimakasih atas sokongan yg diberi hanya Allah saja yg membalas dan memakbulkan doa anda..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info