Jenis entry blog yang mendapat traffik tinggi

Assalamualaikum!~

Jenis entry blog yang mendapat traffik tinggi

Semalam ikaa ada publish entry pasal  "Kenapa entry anda tiada pengomen?", dan entry tersebut mendapat view dan komen yang tinggi serta terpilih di senarai artikel pilihan Busuk.org. Tapi kali ini, ikaa bukannya nak cerita pasal entry semalam, tapi entry terbaru yang berkait rapat dengan entry semalam. 

Blogger yang kejar traffik dan jana pendapatan extream selalunya menggunakan keyword seks panas, gosip, politik, fitnah dan sebagainya untuk menarik pembaca ke blognya. Tapi ini bukannya tips yang ikaa nak korang gunakan untuk tarik pengunjung. Tidak semestinya, keyword yang kotor saja boleh tarik traffik tapi keyword-keyword lain atau isu-isu semasa yang sering di cari oleh reader contohnya " Aoran Aziz datang UUM " atau "Budak sekolah rendah halang kebenaran bawa gadget ke sekolah " juga menarik pengunjung untuk mengetahuinya.

Jenis entry yang mendapat traffik tinggi.

1. Senarai tips yang berguna

Walaupun ikaa penulis blog, tapi ikaa juga pembaca blog rakan lain, dan korang pun begitu kan. So apa yang ikaa cari dalam search google.com adalah entry yang berkaitan tips tidak kiralah tips seo blog, tips kecantikan, tips percintaan dan sebagainya. Dan korang yang masuk blog ikaa sekarang pasti menginginkan tips berblogging nie kan. Tapi pastikan korang tidak copy paste entry tersebut, bahkan tulis berdasarkan kefahaman korang sendiri. Mungkin orang xfaham dengan entry lain, tapi faham dengan entry korang.

2. Isu semasa dan popular
Korang mesti ada membaca paper atau berita, so korang boleh jadikan isu semasa tersebut sebagai idea entry korang atau mungkin juga korang terlihat apa-apa kejadian aneh dan lampirkan di entry blog. Sudah pasti ramai yang melihatnya dan berpusu-pusu menjadi pengomen korang. Atau juga korang boleh jadikan popular sebagai keyword cth " Aoran Aziz popular di Kedah ". Tapi bila masuk entrynya hampes..hehehe

3. Entry berunsur nasihat dan ilmiah
Ini merupakan salah satu entry yang juga mendapat sambutan dan search, xkisahlah nasihat tentang agama, rumah tangga atau percintaan sekali pun tapi pastikan nasihat tersebut mengambil kira lapisan umur dan pengetahuan korang sendiri. Cth " jangan buat entry berunsur agama tapi korang sendiri letak gambar xcukup kain ". faham-faham sendiri la ye.

4. Entry berunsur teka-teki atau lawak jenaka
Ingat pengunjung blog korang tue mempunyai pelbagai lapisan umur ada yang tua, remaja, atau kanak-kanak ( bawah 12tahun ). So adakalanya korang buatlah entry tentang lawak jenaka atau soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi, so bila dia baca entry tersebut, pasti dia akan tercari-carai apakahnya jawapannya. Dan hari-hari dia akan singgah ke blog korang untuk tahu apakah jawapannya.

5. Entry berunsur perdebatan atau kontroversi
Ini adalah entry yang paling orang suka masuk kerna manusia nie berbeza citarasa, cth perlawanan bola sepak, yang minat Itali ada yang fanatik England. So bila cakap " England main macam kayu ", pasti ada saja penyokong Itali yang membantah dan mencetuskan debat antara geng fanatik bola. Walaupun sebenarnya dorang xsuka pun entry tue, tapi dorang singgah jugak sebab nak debat.


Dengan itu, daripada penghasilan entry yang menarik ini, korang bukan saja dapat menambahkan bilangan pengomen, malah turut meningkatkan pageview yang mungkin sehari 1+++ view dan esoknya menjadi 2+++ dan mungkin lebih dari itu.


25 Komentar untuk "Jenis entry blog yang mendapat traffik tinggi"

itew nyew blog xtew pun. tsk tsk..


mungkin betul kot..

wah, blog q nggak masuk itu kakak

rajin nye budak ika ni menganalisis ye.hehe gud job ika. hehehe

i like this post :)

and u were in my blog list :)

penggunaan templat, kaler & jenis font pun mempengaruhi :)

like this post.. thanks dear..

btoi tu..sye pnye trafik naek mencanak lps ltk gosip2..ehehe

blogger yg buat entri pasal artis2 dan gosip2 panas dikatakan mampu menjana pendapatan ribu riban sebulan..kita nak dapat rm 50 pun dah bersusah payah perah otak nak buat entri best..hahah

Thanks Ika dengan tips2 ni untuk blogger yang tak berapa pandai macam Mummy ni

Mesti blog ni trafik tinggi kan sebab guna tips tu.

honestly, saya sangat2 setuju dengan ikaa :)

@Nick Nashram xpelaa awk biar kita miskin di dunia..asal diakhirat nnt kita kaya :) gosip2 entah betul entah tidak, kdg jd fitnah, xelok kan...:)

ia... bagus sekali postingan tentang membuat entri-nya.... makasih..

sy selalu kena traffic jam kat bando...xde pon org komen blog sy... :(

salam,ika if blog akak camne nak increasekan pageviewnya?..hehe..ada tips tak?

wah..oh..begitu.. thanks. selalu try nak tulis best2.. rasa best tapi orang lain?

Good info ìka. CiM ada rmai pengunjung sehari tp mengomen tk tentu. CiM menulis ikut rasa dan rese, tk genre trtentu

wowo amat berguna dan terbaikah post ni^^

goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooood idea :)

Sharing yg terbaik;thanks maklumat yg berguna..
http://arilimpian.blogspot.com/

heeee.. perkongsian yang menarik :)

Assalammualaikum.... ika,

mselim3 setuju dengan entry yang berkisar kepada dunia hiburan memang cepat dapat traffik yang tinggi berbanding dengan yang lain..

mselim3

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info