Maharaja Lawak - Yus Jambu bakal kahwini peragawati

Assalamualaikum

Serba ringkas biodata Yus Jambu Maharaja Lawak



Nama : Yussry Bin Edoo
Nama komersial : Yus Jambu / Pak Yus
Tarikh lahir :  15 Mac 1976
Umur : 37 
Asal : Kg. Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis
Keluarga : Anak bongsu dari 3 beradik
Pendidikan : SPM, SMK Syed Alwi
Kerjaya : Pelakon, Pelawak 
Filem : Hantu Bonceng, Apa Celoq Toqq, Laga, Gengster Celoq 
Teater : Kalut, Sofea, Sri Mersing
Pencapaian : Juara Raja Lawak Musim Pertama 2007, Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan 2004, Tempat Ke-4 Maharaja Lawak 2011, Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2012/2013.


Yus Jambu bakal akhiri zaman bujang dengan seorang peragawati


Siapa yang tengok Maharaja Lawak Mega pasti mengenali Pak Yus atau Yus Jambu. Malah dengar cerita Pak Yus ini dah nak akhiri zaman bujangnya di usia 37 tahun. 

Ayuh lihat apa kata Pak Yus  :

"Insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun depan kerana ingin memberi peluang kepada bakal isteri untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana", katanya .

"Dia merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat dan berasal dari Taiping, Perak. Mungkin sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan telah jumpa orang yang sesuai. Dia juga faham kerja saya dan mampu menjaga saya kelak sebagai seorang isteri kepada saya."

"Saya tertarik kepadanya bukan kerana paras rupa, sebaliknya saya tertarik kerana keperibadiannya yang sesuai dengan diri saya sendiri. Apa yang penting, pada umur saya yang sudah mencecah 37 tahun ini, kefahaman dalam perhubungan adalah sangat penting bagi saya",ujarnya lagi .

Alhamdulillah, kami warga Perlis dan peminat Pak Yus sentiasa mendoakan kebahagian Pak Yus dan sekeluarga. Pak Yus nie seorang yang suka melawak dan suka berjenaka, bertuah betul bakal isterinya nanti, hari-hari gelak dengan gelagat suaminya yang pelawak. 


1 Komentar untuk "Maharaja Lawak - Yus Jambu bakal kahwini peragawati"

Zara suka tgk yus ni kali blawak.. hehe..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info