Bakat Terpendam Caliph Busker Dalam Roman Cinta

Assalamualaikum

Bakat Terpendam Caliph Busker Dalam Nyayian RomantikaMantap. Hebat dan mengagumkan, itulah ungkapan semangat yang boleh diucapkan kepada kumpulan Caliph Busker di pentas AJL29 kali ini. Selepas sekumpulan pemuzik jalanan ini berjaya mempersembahkan lagu Roman cinta yang sangat memukau, nama Caliph Busker mula menarik perhatian peminat di luar sana. 

Uniknya kumpulan Caliph Busker ini terdiri daripada insan-insan berbakat besar yang cacat penglihatan. Namun, Allah memberikan mereka suara yang cukup memukau penonton yang datang ke anugerah juara lagu ke 29. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan kepada busker di dalam industri muzik tanah air. Jangan sangka penyanyi jalanan hanya setakat menyanyai di tepi jalan, tetapi andai bakat mereka diketegahkan, mungkin mereka juga boleh menjadi seperti artis-artis yang sedia ada sekarang. Siapa tahu kan?

Bakat Terpendam Caliph Busker Dalam Nyayian Roman Cinta

Menurut Edry, mereka ini selalu mendendangkan lagu roman cinta. Mungkin yang membuatkan dia tertarik untuk mengambil mereka bagi AJL29 ini. Kumpulan Caliph Busker ini terdiri daripada lima orang iaitu 
  • Azmi Saat sebagai vokalis 
  • Nirwan sebagai Guitaris
  • Zaki sebagai Guitaris/vokalis
  • Fendy sebagai Cajon/vokalis
  • Rubiana selaku Shaker/vokalis
Bakat Terpendam Caliph Busker Dalam Nyayian Romantika


"Satu pintu tertutup, banyak lain terbuka..syukur dapat ketemu insan2 istimewa yg cukup berbakat..Dengan ikhlas nak beri peluang kepada yang benar2 layak..Bakat anugerah dariNya". - Edry Abd Halim.

Saksikan lagu Roman cinta dari Caliph Busker feat Mojo di pentas AJL29 selaku pemenang anugerah persembahan terbaik.

Video Mojo feat Caliph Busker - Roman cinta






1 Komentar untuk "Bakat Terpendam Caliph Busker Dalam Roman Cinta"

mmg awesome dgn persembahan calph busker ni ! vokal dia mmg power ;)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info