Ciri-Ciri Widget Melambatkan Loading Blog

Ciri-ciri widget melambatkan loading blog. Ada seorang rakan blogger baru bertanyakan, apakah widget shout box akan menjadikan loading blog menjadi lama atau lambat memaparkan keseluruhan blog?Hmm... dan jawapannya adalah benar. Malah widget shout box juga boleh mengurangkan peratusan SEO template.. tak percaya cuba semak score SEO blog anda di sini - Chkme.com.

Sebagai blogger, anda harus tahu teknik untuk menarik minat pembaca, serta mengesan masalah berlakunya kekurangan pembaca. Terutama sekali masalah ini, page load terlalu lama. Tak guna kalau tajuk gempak, tetapi bila masuk page load seperti kura-kura sedang berjalan.

Pilih Widget Yang Memberi Manfaat 

Widget dalam blog adalah tunjang penampilan sesebuah blog serta membantu pelawat mencari sesuatu yang mereka ingini. Ciri-ciri widget yang baik mestilah memberikan manfaat kepada penulis juga pembaca blog itu. Antara seperti meningkatkan trafik blog, menurunkan peratusan bounce rate, mudahkan navigasi entri-entri dalam blog dan seumpamanya.

Anda juga perlu fikir, apakah widget yang anda letak ini memberi menfaat kepada pengunjung? atau

Apakah widget tersebut memberi sampingan pada tampilan blog anda nanti? Hah.. semua perlu difikirkan sebelum membuat sebarang keputusan. Pilih sama ada ianya adalah keperluan atau sekadar kemahuan anda.

Di sini, aku kongsikan ciri-ciri widget yang memberi manfaat kepada sesebuah blog:
  1. Widget recent post. Memaparkan senarai entri-entri terkini.
  2. Widget recent comment. Untuk memudahkan anda membalas atau melihat komen terbaru dalam entri.
  3. Widget Rancom Post. Paparan entri secara rawak. Memudahkan pengunjung melihat artikel yang lepas.
Dua aspek penting yang perlu anda lihat adalah kelebihan widget itu serta kemudahannya boleh mendatang manfaat pada blog anda.

Ciri-Ciri Widget Melambatkan Loading Blog

Ciri-Ciri Widget Melambatkan Loading Blog

Okep. Ada beberapa widget yang sememangnya cantik, tapi kurang memuaskan untuk dipasang ke dalam blog. Terutamanya jika anda mahu mengekalkan kelancaran blog mahupun menjadikan template anda mesra seo dan valid HTML5.

Apakah itu valid HTML5, rujuk sini - Rahsia menjadikan template blogspot valid HTML5.

Di sini, aku senaraikan 10 widget yang membantut kelancaran pembukaan blog anda adalah :
  1. Shout box
  2. Widget SCM untuk lagu dalam blog
  3. Widget flash.
  4. MP3 player tanpa butang stop
  5. Label cloud widget
  6. Slide show
  7. Icon float yang comel
  8. Animation blink-blink
  9. Welcome image (click here to enter)
  10. Widget kalender
Uhm.. sebenarnya banyak. Tapi cukuplah setakat sepuluh widget yang disenaraikan. Atas penjelasan diatas, anda pilihlah widget yang mempunyai kod javascript yang pendek dan ada faedahnya kepada blog.

Harap blogger yang tanya tadi tu, boleh faham apa yang aku sampaikan ini. Hehe.. maaf agak berkecamuk tulisan aku ni.

3 Komentar untuk "Ciri-Ciri Widget Melambatkan Loading Blog"

pilih template yang ringan juga

Masa mula2 buat blog dulu memang suka letak shoutbox...

chat boxlah paling berat...hurm...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info