Wabak Demam Kepialu Semakin Menular

Wabak demam kepialu semakin menular. Sangat membimbangkan apabila penyakit lama mula menular di sesetengah tempat di Malaysia. Awas ye.. berikan perhatian yang tinggi pada tahap kebersihan makanan dan minuman yang hendak diambil bagi mengelakkan jangkitan wabak kepialu.

Demam kepialu atau Typhoid Fever adalah satu jangkitan bawaan makanan yang berpunca daripada bakteria Salmonella typhii dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia. Setelah sedekad lalu, wabak ini lenyap kini dilaporkan mula menular di sekitar Kuala Lumpur sejak bulan Ogos yang lalu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes demam kepialu setelah menerima laporan membabitkan buruh binaan Di Cheras yang bekerja berhampiran dengan pusat bandar pada minggu pertama Ogos lalu.

Sejak minggu pertama itu, 32 kes dicatatkan iaitu kawasan Titiwangsa mencatatkan bilangan tertinggi seramai 16 kes, Kepong seramai 8 kes, Lembah Pantai 4 kes dan Cheras seramai 4 kes. Apakah yang menyebabkan wabak demam kepialu ini kembali dan bagaimana pula caranya untuk kita mengelakkan daripada dijangkiti?

Wabak Demam Kepialu Semakin Menular

Wabak Demam Kepialu Semakin Menular

Sekali lagi saya ingatkan, wabak kepialu ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria sama ada daripada orang yang dijangkiti (berkongsi makanan atau minuman) mahupun daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Adalah dipercayai bahawa kemasukan warga asing adalah faktor utama berlakunya penularan wabak kepialu ini. Jadinya, memilih tempat makan yang bersih, terhindar daripada pencemaran adalah suatu kewajipan untuk mengelak daripada wabak ini.

Tanda-Tanda Anda Dijangkiti Demam Kepialu
  • Demam yang terlalu kuat sehingga mencecah 39-40 darjah celcius 
  • Badan terasa letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sakit perut dan hilang selera makan
  • Dalam sesetengah kes, pesakit yang dijangkiti akan mengalami ruam berkelompok berwarna merah jambu
  • Cirit-birit, sembelit dan muntah
  • Sakit kepala 
Wabak Demam Kepialu Semakin Menular

12 Langkah Pencegahan Wabak Demam Kepialu

Untuk itu saya kongsikan apakah langkah-langkah bijak yang perlu diambil bagi mengelakkan dijangkitan wabak demam kepialu ini. Terutama bagi kanak-kanak dan golongan warga tua yang kurang antibodi.
  1. Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sebarang tanda-tanda di atas.
  2. Minum lebih banyak air yang dimasak
  3. Makan makanan yang baru dimasak
  4. Basuh tangan sebelum mengambil makanan
  5. Cuci tangan dengan sabun selepas ke tandas
  6. Tutup semua makanan atau minuman daripada dihinggapi lalat
  7. Pilih gerai yang bersih semasa membeli makanan atau minuman
  8. Elakkan minum air yang tidak dimasak dengan sempurna
  9. Bersih kawasan persekitaran rumah bagi pembiakan lalat
  10. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bersih sebelum di makan
  11. Dapatkan penvaksinan setelah pulang daripada luar negara
  12. Elakkan berkongsi makanan dengan orang lain
Demam Kepialu Boleh Membawa Maut

Jangan ambil mudah sekiranya anda atau keluarga diserang demam yang suhu yang melebihi 39 darjah celcius. Maka segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkan bahawa anda bebas daripada penyakit kepialu. Sekiranya anda diserang demam kepialu, dan lambat mendapatkan rawatan mungkin ianya boleh membawa maut. Ini kerana kuman daripada wabak tersebut yang terlalu banyak boleh menghasilkan terlalu banyak toksik dalam tubuh badan.

Jadi jangan pandang remeh sekiranya anda mengalami sebarang simpton-simpton di atas. Belum terlambat untuk mencegah wabak kepialu ini.

1 Komentar untuk "Wabak Demam Kepialu Semakin Menular"

Lebihkan penjagaan kebersihan ketika wabak ini semakin menular.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info